Pengadil

PENGADIL BOLA JARING


Kami dari Kelab Bola Jaring Legend Bukit Jalil berdaftar dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan berpengalaman dalam sukan bola jaring ingin menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana agensi, kelab atau syarikat yang berminat dalam menganjurkan pertandingan bola jaring. Antara perkhidmatan kelab kami ialah menyediakan pengadil profesional, pasukan teknikal yang berpengalaman dalam mengendali sukan bola jaring dan kami juga berpengalaman dalam menganjurkan pertandingan bola jaring dalam skala kecil dan besar.

Antara pertandingan bola jaring yang pernah kami uruskan adalah:

1. Liga Sukan Untuk Semua Kepong dan Segambut 2012, 2013 & 2014 (penyertaan pasukan terbanyak untuk Parlimen WP Kuala Lumpur)
2. Pertandingan Bola Jaring Terbuka
3. Hari Belia Negara 2012
4. Sukan Komuniti
5. Pertandingan bola jaring antara bahagian/jabatan kerajaan
6. Liga Sukan Untuk Semua Kepong dan Segambut 2013 ( rekod penyertaan terbanyak pasukan 2013)
7. Pertandingan bola jaring anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka untuk tahun 2014

Kami juga mempunyai barisan pengadil dan jurulatih pasukan (coach) yang bertauliah dari Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) untuk mengadili pertandingan maupun kejohanan bola jaring yang diadakan diseluruh Malaysia. Sekiranya anda berminat, sila hubungi Faidz (011-16735987) atau email legend_netball@yahoo.com untuk keterangan lanjut.








Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com