13 Dec 2013

Pasukan Legend NC Juara Pertandingan Bola Jaring TAR.U.C 2013



Syabas diucapkan kepada pasukan lelaki Legend NC A yang telah menggondol kejuaraan bagi Pertandingan Bola Jaring TAR.U.C 2013yang telah diadakan di Setapak, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Disember yang lalu. pada perlawanan akhir itu telah menyaksikan pasukan Legend NC A telah menewaskan pasukan MBPJ. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan lelaki Legend NC B yang telah merangkul tempat ke-4 pada perlawanan tersebut bertemu dengan pasukan Cobra Bravo.



Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pasukan wanita Legend NC yang telah memenangi tempat ke-3 pada pertandingan yang sama. Pasukan wanita Legend NC telah tewas dengan hanya kiraan jaringan di perlawanan kumpulan separuh akhir kepada pasukan Universiti Malaya (UM) dan mengalahkan pasukan Titanium di perlawanan tempat ke-3 dan ke-4



Jutaan terima kasih kepada penganjur pertandingan iaitu Kelab Bola Jaring TARUC yang telah menganjurkan pertandingan tersebut dengan jayanya buat julung kalinya. Diharap pertandingan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Buat pemain Legend NC, momentum permainan  dapatlah dikekalkan pada pertandingan-pertandingan yang akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com