7 Oct 2013

Pertandingan Bola Jaring Antara Kelab Malaysia Piala Presiden 2013




sila klik sini untuk borang kejohanan
[BORANG]
[ SYARAT DAN PERATURAN]


PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG


1. PERATURAN AM


1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Bola Jaring Antara Kelab Malaysia Piala Presiden 2013

1.2 Selain daripada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikkut syarat-syarat am Undang- UndangPersatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).

1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Bola Jaring Antara Kelab Malaysia Piala Presiden 2013 adalah muktamad.


2. PENYERTAAN

2.1 Kategori Wanita

2.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua kelab-kelab sukan bola jaring yang berdaftar di bawah ROS (Pesuruhjaya Sukan Malaysia), kelab sukan daripada syarikat korporat yang berdaftar, badan berkanun, dan kerajaan persekutuan

2.1.2 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar sepuluh ( 10 ) orang pemain : 7 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan serta seorang Pengurus dan Seorang Jurulatih.

2.1.3 Seorang pemain dibenarkan mendaftar dalam 1 pasukan sahaja.

2.1.4 Setiap pasukan TIDAK dibenarkan mendaftar pemain yang pernah bermain di peringkat Negara atau mewakili PBJM di peringkat antarabangsa seperti Bola Jaring Remaja dunia, Bola Jaring Remaja Asia, Tri-Nations dan bola Jaring Dunia

2.1.5 Pertukaran nama pemain di saat akhir hanya dibenarkan satu ( 1 ) hari sebelum tarikh cabutan undi dibuat.

2.1.6 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam borang pendaftaran pasukan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Hanya pemain yang berdaftar sahaja mengikut kumpulan yang dibenarkan bermain dalam kejohanan ini.

2.1.7 Sebarang perubahan atau penggantian atau tambahan pemain setelah pertandingan bermula tidak akan diterima.

2.1.8 Sekiranya pihak Urusetia Kejohanan mendapati ada pemain Negara yang didaftarkan, pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai kejohanan dan jika pasukan itu telah bermain, maka permainannya dibatalkan.

2.1.9 Setiap pasukan dari kelab/persatuan hendaklah menyertakan salinan pendaftaran daripada ROS (Pesuruhjaya Sukan Malaysia) sebagai bukti kelab / persatuan tersebut berdaftar. Salinan kad pengenalan pemain juga harus disertakan semasa pendaftaran.

2.1.10 Pasukan dari syarikat korporat, badan berkanun dan kerajaan persekutuan hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan pemain, kad pekerja yang terkini dan surat pengesahan daripada majikan.

2.1.11 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan simpanan (sebagaimana yang telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pasukan) hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan 30 minit sebelum pertandingan bermula.


3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan hanya dibuka untuk 32 pasukan sahaja. Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

3.2 Hanya Johan dan Naib Johan Kumpulan sahaja akan ke peringkat seterusnya yang akan dijalankan dalam sistem kalah mati pada pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Pemenang bagi peringkat separuh akhir akan bertemu di dalam perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN.


4. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

4.1 Secara Liga
4.1.1 Cara memberi mata:

  •  Menang - 3 mata
  • Seri - 1 mata
  • Kalah - 0 mata

4.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

4.1.2.1 Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena)

4.1.2.2 Jika masih seri, maka perbezan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena)

4.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.


4.2 Secara kalah mati

Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, Separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-

4.2.1 Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

4.2.2 Permainan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol.

4.2.3 Pemainan akan diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara bergilir.

4.2.4 Keputusan muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol.


5. MASA PERMAINAN

5.1 Masa permainan bagi liga dalam kumpulan, pusingan kedua, pusingan ketiga, suku akhir ialah 23 minit ( 10 minit bagi setiap separuh masa dan 3 minit rehat ).


6. KELEWATAN

6.1 Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan gol 14 -0.

6.2 Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan pihak Jawatankuasa Pengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum, tidak diambil kira (Null and Void).


7. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

7.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.


8. PAKAIAN DAN PERALATAN

8.1 Setiap pemain dimestikan memakai pakaian yang sesuai dan seragam semasa bermain.

8.2 Pemain wanita tidak dibenarkan memakai seluar pendek.

8.3 Bola untuk pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.

8.4 Semua pasukan dikehendaki membawa 2 set bib masing-masing.


9. PENGADIL-PENGADIL

9.1 Pengadil akan dilantik atau dilpilih oleh pihak penganjur di kalangan pengadil bertauliah.

9.2 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.


10. MENARIK DIRI

10.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Wang penyertaan akan luput.


11. BANTAHAN

11.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa pertandingan. Tidak lewat dari 15 selepas perlawan itu tamat.

11.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM500.00 dan bukti bertulis.

11.3 Wang pertaruhan ini akan luput sekiranya bantahan atau rayuan itu didapati tidak wajar.


12. JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB

12.1 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib terdiri daripada : -

  • Pengerusi Penganjur atau wakil
  • Pengadil
  • Pengurus Pasukan Terlibat
  • Setiausaha Penganjur atau wakil
12.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib akan bersidang setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.

12.3 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan.

12.4 Keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.


13. YURAN PENYERTAAN

13.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 sahaja untuk setiap pasukan yang didaftarkan.

13.2 Pembayaran boleh dibuat secara Tunai atau CEK dibuat atas nama Persatuan Bola Jaring Malaysia dan dihantar bersama borang penyertaan yang telah disediakan di alamat : -

Atau melalui akaun bank CIMB Bank

14140018350052
Atas Nama : Persatuan Bola Jaring Malaysia

13.3 Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri


14. HADIAH

14.1 Hadiah pemenang adalah seperti berikut
  •  Juara RM2000
  • Naib Juara RM1000
  • Ketiga RM700
  • Keempat RM400
  • Kelima hingga Kelapan RM200

15. AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

15.1 Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan yang diikhtiraf perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.


16. UNDIAN DAN TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 

16.1 Undian akan dijalankan oleh pihak penganjur.

16.2 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 24 Okt 2013 , jam 5.00 Petang di Pejabat Persatuan Bola Jaring Malaysia, Stadium Juara Bukit Kiara Kuala Lumpur.

16.3 Setiap pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain beserta dengan salinan kad pengenalan untuk disahkan.

16.4 Setiap pengurus-pengurus pasukan bagi syarikat korporat, badan berkanun dan kerajaan persekutuan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain beserta dengan salinan kad pekerja dan surat pengesahan majikan untuk disahkan.


17. PENGINAPAN PESERTA

17.1 Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan semasa kejohanan.


18. TARIKH TUTUP

18.1 24 Okt 2013


19. PERKARA AM

19.1 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab tentang keselamatan dan kehilangan barang sepanjang kejohanan.

19.2 Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi : -

  • Cik Hajah Mazidah Hj Musa – 012- 2112020, pej 03-20961453
  • Pn. Zainon Md Noh – 019-6264840
  • En Faidz Othman - 012-2317027 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com