1 Jul 2013

Pertandingan Bola Jaring LSUS Kawasan Segambut 7 Julai 2013






SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN


1.             STATUS PEMAIN
                 Pemain-pemain yang  telah mewakili pasukan negeri dan kebangsaan juga boleh menyertai pertandingan ini  dengan syarat hanya 1 (SATU) orang pemain kebangsaan atau negeri sahaja yang dibenarkan bagi setiap pasukan tidak mengira tahun. Hanya pemain yang berusia 15 tahun hingga 40 tahun sahaja dibenarkan bermain untuk pertandingan ini.

2.             PENYERTAAN
Setiap pemain  atau pasukan hanya dibenarkan / layak bertanding satu jenis sukan sahaja. Pemain atau pasukan yang  telah mengambil bahagian dalam Liga Sukan Komuniti di kawasan Parlimen yang lain dan telah menjadi johan & naib johan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian. Pemenang pertama sehingga keempat di Kawasan Kepong juga tidak dibenarkan menyertai pertandingan. Pembatalan atau penarikan balik penyertaan atau kemenangan akan dibuat sekiranya kesalahan ini terbukti dilakukan oleh mana-mana pasukan dengan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

3.              BANTAHAN
              Bantahan daripada mana-mana pasukan perlu disertakan wang RM500.00 beserta bukti-bukti yang kukuh seperti keratan akhbar, surat pengesahan daripada persatuan sukan yang berkenaan atau dokumen-dokumen lain yang boleh mengukuhkan bantahan yang dibuat dan dalam tempoh masa 30 minit sahaja selapas perlawanan berkenaan. Bantahan tanpa bukti dan wang deposit tidak akan dilayan.

4.             PERTUKARAN NAMA PEMAIN
Senarai nama pemain yang telah dihantar ke Jawatankuasa Penganjur tidak dibenarkan ditukarkan kepada pemain lain kecuali dengan budi bicara Jawatankuasa Kejohanan berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan bagi menyokong permohonan pertukaran nama pemain.

5.             BAYARAN
Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja (Ringgit Malaysia: Lima puluh Ringgit Sahaja). Bayaran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang berkenaan menarik diri samada sebelum atau semasa kejohanan.

6.            Borang penyertaan boleh difax, namun pengesahan penyertaan hanya akan disahkan setelah yuran penyertaan dibuat ke 03-2694 7385

7.             HADIAH
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :-
JOHAN :RM1,000.00     NAIB JOHAN :RM500.00     KETIGA :RM350.00    KEEMPAT :RM200.00

8.             Tempat pelaksanaan
                Tempat pelaksanaan diadakan ditentukan oleh pihak penganjur dan lokasi akan dimaklumkan kepada semua pengurus pasukan yang mengambil bahagian.

9.             UNDANG-UNDANG PEMAINAN
                Undang-undang pemainan adalah mengikut undang-undang sedia ada yang diiktiraf oleh persatuan sukan iaitu undang-undang antarabangsa ( IFNA ) yang berkenaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perubahan teknikal yang akan dibuat mengikut kesesuaian masa dan tempat pertandingan. Masa bermain 7-1-7 dan masa kecederaan adalah 2 minit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com