6 Jun 2013

Liga Sukan Untuk Semua Daerah Kepong 2013

 

KLIK SINI UNTUK BORANG PENYERTAAN

 SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

1. STATUS PEMAIN
Pemain-pemain yang telah mewakili pasukan negeri dan kebangsaan juga boleh menyertai pertandingan ini dengan syarat hanya 1 (SATU) orang pemain kebangsaan atau negeri sahaja yang dibenarkan bagi setiap pasukan tidak mengira tahun. Hanya pemain yang berusia 15 tahun hingga 40 tahun sahaja dibenarkan bermain untuk pertandingan ini.

2. PENYERTAAN
Setiap pemain atau pasukan hanya dibenarkan / layak bertanding satu jenis sukan sahaja. Pemain atau pasukan yang telah mengambil bahagian dalam Liga Sukan Komuniti di kawasan Parlimen yang lain dan telah menjadi johan, naib johan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian. Pembatalan atau penarikan balik penyertaan atau kemenangan akan dibuat sekiranya kesalahan ini terbukti dilakukan oleh mana-mana pasukan dengan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
3. BANTAHAN
Bantahan daripada mana-mana pasukan perlu disertakan wang RM500.00 beserta bukti-bukti yang kukuh seperti keratan akhbar, surat pengesahan daripada persatuan sukan yang berkenaan atau dokumen-dokumen lain yang boleh mengukuhkan bantahan yang dibuat dan dalam tempoh masa 30 minit sahaja selapas perlawanan berkenaan. Bantahan tanpa bukti dan wang deposit tidak akan dilayan.
4. PERTUKARAN NAMA PEMAIN
Senarai nama pemain yang telah dihantar ke Jawatankuasa Penganjur tidak dibenarkan ditukarkan kepada pemain lain kecuali dengan budi bicara Jawatankuasa Kejohanan berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan bagi menyokong permohonan pertukaran nama pemain.
5. BAYARAN
Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja (Ringgit Malaysia: Lima puluh Ringgit Sahaja). Bayaran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang berkenaan menarik diri samada sebelum atau semasa kejohanan.
6. Borang penyertaan boleh difax, namun pengesahan penyertaan hanya akan disahkan setelah yuran penyertaan dibuat ke 03-2694 7385
7. HADIAH
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :-
JOHAN :RM1,000.00 NAIB JOHAN :RM500.00 KETIGA :RM350.00 KEEMPAT :RM200.00
8. TEMPAT PELAKSANAAN
Tempat pelaksanaan diadakan ditentukan oleh pihak penganjur dan lokasi akan dimaklumkan kepada semua pengurus pasukan yang mengambil bahagian.
9. UNDANG-UNDANG PEMAINAN
Undang-undang pemainan adalah mengikut undang-undang sedia ada yang diiktiraf oleh persatuan sukan iaitu undang-undang antarabangsa ( IFNA ) yang berkenaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perubahan teknikal yang akan dibuat mengikut kesesuaian masa dan tempat pertandingan. Masa bermain 7-1-7 dan masa kecederaan adalah 2 minit.
PERTANDINGAN INI AKAN DIADAKAN SECARA LIGA DI PUSINGAN AWAL DAN SETERUSNYA KALAH MATI DI PUSINGAN SETERUSNYA SEHINGGA KE PERLAWANAN AKHIR.

 10. Kejohanan yang diiktiraf sebagai Kejohanan peringkat Kebangsaan dan Negeri adakan seperti berikut :-
TERBUKA KEBANGSAAN, REMAJA KEBANGSAAN, SUKMA DAN MANA-MANA KEJOHANAN BERTARAF ANTARABANGSA

* Borang Penyertaan boleh difotostat.
 
MAKLUMAT PENTING

JAWATANKUASA PENGANJUR TELAH MENETAPKAN BAHAWA JIKA KEADAAN CUACA PADA HARI BERKENAAN ADALAH MERBAHAYA UNTUK PERTANDINGAN SEPENUH MASA DIJALANKAN SEPERTI KEADAAN HUJAN YANG MENGAKIBATKAN GELANGGANG LICIN DAN SEBAGAINYA, MAKA PERTANDINGAN AKAN DITERUSKAN DENGAN MENGIKUT BUDI BICARA JAWATANKUASA PENGANJUR ATAS NASIHAT PEGAWAI TEKNIKAL DAN PENGADIL. CARA PERTANDINGAN ALTERNATIF AKAN DIMAKLUMKAN.

2 comments:

www.suarapemikir.com said...

Baru mengenali blog ini... sangat baik dan menjanjikan sesuatu yang hebat di masa depan..

soon said...

Kepada seluruh Ahli-ahli MCA Malaysia,
Kami Yip Kum fook lawyer Ketua MCA Gombak dan Yip Jiun Hann MCA pemuda MCA Gombak menyeru semua Ahli-ahli MCA pada pilihan MCA Disember ini sokong lah Saudara Donald Lim Siang Chai bertanding Naib Pengurusi MCA kerana beliau Ahli lama, bermoral dan berpengalaman.

Jangan pecah tiket kepada Saudara Dr Wee Ka Siong, kerana beliau muda, kurang pengalaman dan moral pun ada masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com