1 Apr 2013

Legend NC Juara 3on3 Terbuka Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Gombak


 Tahniah diucapkan kepada pasukan wanita Legend NC yang menjadi juara untuk kejohanan 3on3 Terbuka Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Gombak yang telah diadakan pada 24 Mac 2013 di Taman Seri Gombak.

Legend NC telah menghantar 2 pasukan wanita iaitu pasukan Legend Reds dan Legend Blacks. Legend Blacks telah bertemu dengan pasukan Fast6 di perlawanan akhir manakala pasukan Legend Reds terkandas di pusingan suku akhir.

Semua pemain yang terlibat telah menunjukkan semangat juang yang jitu dalam permainan berkat daripada latihan yang telah diadakan. Semoga lebih banyak kejayaan akan dicipta oleh pasukan Legend NC. Semoga ikatan kekeluargaan didalam pasukan Legend NC akan lebih utuh. Legend!! Fight! Fight! Fight!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com