13 Dec 2012

Legend NC Naib Juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka USIM 2012



Tahniah diucapkan kepada pasukan Legend NC yang telah meletakkan nama pasukan ke satu peringkat yang terbaik dalam setiap pertandingan yang disertai dengan layak ke perlawanan akhir. Walaupon tewas di perlawanan akhir, prestasi pasukan Legend NC (Reds) boleh dibanggakan kerana hanya bermain dengan 7 orang pemain tanpa simpanan dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir. 

Tidak lupa kepada pasukan Legend NC (Blacks) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir setelah ahli baru diserap masuk ke dalam pasukan. Pasukan Legend NC (Blacks) baru menyertai 2 pertandingan terbuka iaitu USM International 2012 dan juga USIM 2012. Diharap dapat mengekalkan momentum untuk pertandingan yang seterusnya.

Syabas buat semua pemain yang terlibat. Diharap semua dapat mengekalkan semangat juang yang tinggi dalam latihan dan juga pertandingan yang akan datang. LEGEND.... FIGHT! FIGHT! FIGHT!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com