16 Jul 2012

Legend NC Naib Juara Grand Final Kejohanan Bola Jaring Harian Metro 2012




Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki Legend NC kerana berjaya merangkul tempat kedua pada Grand Final Kejohanan Bola Jaring Harian Metro 2012 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam (KSBB) Melaka. Tewas tipis 12-13 di perlawanan akhir sedikit sebanyak menunjukkan pasukan Legend NC telah memberi tentangan sengit pada perlawanan tersebut tetapi mutu pengadilan yang lemah telah menidakkan pasukan Legend NC untuk bergelar juara.
Pasukan Legend NC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja pasukan untuk Grand Final kali ini iaitu Mueller Sport Medicine. Penajaan kali ini sedikit sebanyak membantu pasukan Legend NC bertanding dengan penuh semangat. Diharap dengan penajaan ini, produk Mueller Sport Medicine yang berkualiti tinggi ini dapat dikembangkan lagi di arena sukan tempatan.
Akhir sekali, diharap pasukan Legend NC dapat mengekalkan momentum untuk tahun 2012 dengan layak ke semua perlawanan akhir di setiap kejohanan yang disertai. Semangat kekeluargaan yang diamalkan oleh pasukan Legend NC akan membawa kami ke mercu kejayaan. Amin

Keputusan Penuh
Kategori Lelaki
1. Royale
2. Legendnetball.com
3. Cobra & Phoenix

Kategori Wanita
1. KLIA2
2. Mawar Biru
3. MBPJ & Freedom.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com