30 May 2012

Sekitar Pertandingan Bola Jaring Terbuka Legend 2012


Pada tanggal 25 hingga 27 Mei 2012 telah berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring Terbuka Legend sempena Hari Belia 2012 yang berlangsung di Stadium Pancarona, Putrajaya. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu mempertandingkan 3 kategori iaitu kategori sekolah, terbuka wanita dan terbuka lelaki yang disertai lebih daripada 20 pasukan.


Majlis perasmian untuk pertandingan ini telah dirasmikan oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang sudi merasmikan perlawanan akhir kategori sekolah yang berlangsung pada sebelah pagi Sabtu. Kategori sekolah telah dimenangi oleh SMK Sri Rampai yang telah menewaskan Sekolah Sukan Kuala Lumpur. Pasukan dari SMK Bandar Sunway telah menduduki ditempat ketiga dan keempat untuk kategori cabaran sekolah.



Bagi kategori terbuka wanita, pasukan dari MBSA telah muncul juara setelah menewaskan pasukan Sugar Glider dari Johor bagi merangkul hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM1000 beserta hamper. Tempat ketiga jatuh kepada pasukan Freedom manakala pasukan Remaja MBPJ ditempat yang keempat. 


Pasukan lelaki Legend NC pula telah merangkul kejuaraan bagi kategori lelaki manakala pasukan Napoleon Mix menjadi naib juara dan pasukan Cobra ditempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menang. Legend NC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang menjayakan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Legend 2012.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com