3 May 2012

Legend NC Juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kompleks Sukan Negara 2012


Sekalung tahniah diucapkan kepada Legend NC yang telah dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kompleks Sukan Negara 2012 untuk edisi yang keempat kali ini. Legend NC telah menghantar 2 pasukan lelaki iaitu Legend Blacks dan Legend Reds manakala 1 pasukan wanita yang diwakili oleh Legend Sakura. Hanya 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita layak ke suku akhir pada kejohanan kali ini.

Legend Blacks yang bermula agak perlahan pada peringkat kumpulan telah menewaskan pasukan Eagles jaringan besar 17-3 dan telah tewas tipis dengan Cobra Bravo dengan jaringan 11-10. Bermain dengan hanya 7 pemain, Legend Blacks bertahan untuk ke pusingan seterusnya. Selaku naib juara kumpulan, Legend Blacks telah layak ke pusingan suku akhir mengiringi Cobra Bravo selaku wakil kumpulan C.

Diperingkat suku akhir, Legend Blacks telah bertemu dengan Phoenix A yang merupakan juara bagi kumpulan B dan berjaya menewaskan Phoenix A untuk bertemu dengan Phoenix B di peringkat separuh akhir setelah Phoenix B berjaya menewaskan naib johan kejohanan tahun lalu Royale. Legend Black berjaya menewaskan Phoenix B di peringkat separuh akhir dan berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan juara kejohanan tahun lalu, Cobra Bravo.


Diperlawanan akhir, kedua-dua pasukan menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam merebut juara kejohanan pada tahun ini. Nyata tuah berpihak kepada Legend Blacks yang telah menewaskan Cobra Bravo dengan mata 15-14. Kejayaan kedua untuk tahun 2012 ini ternyata memberi seribu kemanisan kerana Legend merupakan johan sulung bagi kejohanan ini yang diadakan 4 tahun lalu dan membawa kembali kemenangan ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat Legend NC. 


Kepada pasukan Legend Reds yang telah terkandas di peringkat kumpulan manakala pasukan Legend Sakura yang telah tewas di peringkat suku akhir, anda semua telah melakukan yang terbaik.Semoga kejayaan menjadi milik Legend NC untuk kejohanan-kejohanan yang mendatang. INSYAALLAH.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com