1 Jan 2012

Pemain Bola Jaring Malaysia Paling Popular 2011 Milik Syafazliyana




Pemain bola jaring Malaysia Nur Syafazliyana Mohd Ali telah dipilih sebagai Pemain Bola Jaring Malaysia Paling Popular 2011 oleh peminat-peminat bola jaring yang diundi melalui laman Facebook Legend NC sepanjang bulan November dan Disember 2011 yang lalu. Undian yang dijalankan telah menarik lebih dari 100 pengundi yang melawat 'fan page' Legend NC.

Tujuan undian ini dijalankan adalah untuk menarik peminat-peminat bola jaring untuk mengenali pemain bola jaring Malaysia amnya. Melalui undian ini juga, peminat bola jaring boleh mengenali peminat-peminat bola jaring dari seluruh Malaysia.


Legend NC menzahirkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi yang mengambil bahagian dalam undian ini dan kepada Nur Syafazliyana Mohd Ali, Legend NC mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan berharap beliau akan menjadi pemain bola jaring yang terbaik di Malaysia. 


Berikut adalah kedudukan akhir Top 5 Pemain Bola Jaring Malaysia Paling Popular 2011. 
  1. Syafazliana
  2. Nurul Ain Ramalan
  3. Nurul Shaffa
  4. Puah Pei San
  5. Aruna Santhappan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com