29 Nov 2011

Selamat Pengantin Baru Azmir Dan Umirah

Pasukan Legend NC ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Azmir & Umirah yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 11.11.11 yang lalu dan majlis resepsi kedua di rumah pengantin lelaki pada 27.11.11.


Azmir yang pernah membantu pasukan Legend NC lelaki dalam beberapa pertandingan bola jaring sebelum ditugaskan di Pahang yang menghalangnya untuk bermain bersama pasukan Legend NC telah bertemu dengan Umirah (Umi) yang juga pemain bola jaring untuk pasukan SPA. Cinta yang berputik sejak bertemu di padang bola jaring telah membawa mereka hingga ke jinjang pelamin.

Sekali lagi pasukan Legend NC ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Azmir & Umirah. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com