24 Nov 2011

Pencarian Pemain Bola Jaring Malaysia Popular 2011


legendnetball.com telah melancarkan program pencarian pemain bola jaring wanita popular 2011 di laman 'Facebook fan page' Legend Netball Club bagi membantu mempopularkan sukan bola jaring di negara ini. Tujuan asal adalah untuk memberi info kepada peminat tentang pemain-pemain bola jaring yang telah mewakili negara pada kejohanan besar di luar negara dan juga peminat dapat mengenali pemain-pemain bola jaring kebangsaan dengan lebih dekat. Pencarian ini akan bermula pada 24 Nov 2011 dan akan berakhir pada 29 Dis 2011 akan dijalankan secara 'poll vote' di 'Facebook fan page' Legend Netball Club manakala keputusan penuh akan di umumkan pada 30 Dis 2011.

Cara pencarian ini dijalankan adalah seperti berikut :


  • 24 Nov sehingga 10 Dis 2011 peminat akan diminta untuk mencalonkan pemain-pemain bola jaring yang pernah mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa di 'poll' yang telah disediakan di 'Facebook fan page' Legend Netball Club. Peminat boleh mencalonkan seberapa ramai pemain-pemain pilihan mereka tetapi hanya top 5 dipilih untuk ke pusingan seterusnya.
  • 11 Dis sehingga 29 Dis 2011 adalah masa untuk mengundi top 5 pilihan peminat yang telah terpilih daripada sesi undian sebelum ini. Hanya seorang sahaja pemain paling popular 2011 akan diumumkan pada 30 Dis 2011
  • Tiada hadiah buat pemenang program ini tetapi profile pemenang akan disiarkan di laman sesawang www.legendnetball.com (sekiranya mendapat kebenaran pemenang).
Syarat-syarat pencalonan pemain bola jaring popular 2011 adalah seperti berikut :
  1. Pemain adalah warganegara Malaysia dan pernah mewakili Malaysia untuk kejohanan bola jaring di peringkat antarabangsa.
  2. Setiap pengundi boleh 'like' fan page Legend Netball Club. Tiada paksaan dalam program ini.
  3. Hanya pemain wanita sahaja dibenarkan untuk pencalonan.
  4. Setiap calon hanya dibenarkan dicalon hanya SATU nama sahaja. Sekiranya ada 2 nama mewakili satu calon, markah yang tertinggi akan dipilih.
  5. Program ini hanyalah untuk hiburan semata-mata. Tiada niat jahat atau buruk kepada calon yang terbabit.
  6. Segala keputusan penganjur adalah muktamat. Segala surat menyurat tidak akan dilayan.

 untuk mengundi, sila klik pada link dibawah

https://www.facebook.com/pages/Legend-Netball-Club/280633905298109

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com