13 Oct 2011

Harian Metro : Strategi baru ubah nasib Legend NC






CABARAN yang diterima pasukan di sekitar Kuala Lumpur menjadikan persaingan Karnival Bola Jaring Harian Metro begitu sengit, justeru keputusan yang dicapai Legend NC sudah cukup menggembirakan skuad itu.

Legend NC menduduki tempat ketiga selepas menundukkan Ezzan & Superfriend, 9-6. Mengulas mengenai pertarungan itu, ketua pasukan, Siti Suhaida Mohd Shahar berkata, skuadnya menerima tentangan sengit lawan terutama pada separuh masa pertama.

Mereka bangkit mengatur strategi baru di separuh masa kedua dengan barisan pertahanan berusaha bermati-matian mempertahankan kubu daripada terus dibolosi lawan.
“Syukur strategi kami menjadi. Sebenarnya laluan kami terutama dari peringkat kumpulan lagi agak sukar.

“Pada suku akhir, nyata rezeki memihak kepada kami apabila mara ke separuh akhir dengan kelebihan satu mata mengatasi Cobra Angle,” katanya yang akan berusaha memperbaiki teknik permainan menjelang saingan seterusnya iaitu kejohanan Bola Jaring Figos. Katanya, usaha mereka untuk terus bergelar juara tidak akan terhenti selepas pertandingan itu dan mereka akan mempergiatkan lagi latihan dan memantapkan bahagian serangan selain bekerja sebagai satu pasukan.

Sumber : Harian Metro 13 Oktober 2011
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/StrategibaruubahnasibLegendNC/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com