7 Jul 2011

Harian Metro: Wans Heritage Legend pamer aksi garang



WANS Heritage Legend sekadar menduduki tangga ketiga saingan Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah 2, Ahad lalu, namun berpuas hati selepas berjaya mengatasi lawan dengan jurang yang besar.



Pengurus pasukan, Mohd Faidzal Othman berkata, walaupun pasukannya dilabel unik kerana membariskan pemain yang tidak tinggi seperti pasukan lain, Wans Heritage Legend mempunyai kelebihan dengan strategi permainan tersendiri apabila membenam One Malaysia 12-5 di perlawanan penentuan di Kompleks Sukan Batu Berendam itu.

“Semua pemain kami rendah, lebih-lebih lagi Goal Shooter (GS), namun kami berupaya meninggalkan lawan dengan jurang yang besar.

“Seperti saya katakan, kami mempunyai strategi tersendiri untuk berjaya sampai ke tahap ini walaupun misi merebut gelaran juara gagal,” katanya.
Katanya, laluan sukar ditempuhi pasukan seawal pusingan pertama peringkat kumpulan tapi mempunyai hikmah tersendiri apabila corak permainan Wans Heritage Legend semakin mantap dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com