adsense

2 Jun 2011

Legend Info : Sejarah Bola Jaring





Pengenalan



Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukat berpasukan wanita tersoor (kedua-dua sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.

Sejarah Bola Jaring 

Bola jaring merupakan satu – satunya jenis sukan di dunia yang khusus dimainkan oleh wanita. Jenis sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1891 di Amerika Syarikat. Sejak itu ia semakin digemari dan hari ini ia dimainkan oleh semua golongan wanita dari berbagai – bagai peringkat usia.
 
Pada mulanya, sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang juga  menggunakan ‘keranjang’ sebagai  gol. Ramai pula menganggap sukan bola jaring ini sebagai cabang bola  keranjang. Yang bertanggungjawab yang memperkenalkan sukan bola jaring ialah Dr. James Naismith. Sukan ini diperkenalkan di Kolej Sringfield, Massachusetts pada tahun 1891. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul sebagai digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan yang baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring. 

Salah satu sebab sukan ini mudah diterima umum ialah ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti halnya bola sepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hal ini turut mempengaruhi. Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan antarabangsa dengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalam pertandingan – pertandingan antarabangsa.
 

Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa. Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan bola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com