17 Jun 2011

Harian Metro : Bola jaring untuk lelaki

 

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

SELEPAS menerima sambutan menggalakkan pada penganjuran kali pertama di Kuantan, saingan Karnival Bola Jaring Harian Metro kini akan menemui peminat sukan itu di Melaka sempena saingan Karnival Futsal Harian Metro Zon Tengah 2 pada 2-3 Julai ini.
Tapi, berbanding dengan Kuantan yang menawarkan hanya kategori Terbuka Wanita, saingan di Kelab Sukan Batu Berendam kali ini menjanjikan kemeriahan apabila satu lagi acara - Terbuka Lelaki dipertandingkan.

Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada semua pasukan yang berminat untuk mencuba nasib agar segera menghantar borang penyertaan sebelum tarikh tutup pada 24 Jun ini.
Berdasarkan maklum balas, saingan kategori lelaki dijangka lebih sengit dan mendebarkan kerana julung kali dipertandingkan.

Juara karnival ini yang turut dibawa oleh Ambank akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, naib juara (RM1,000), ketiga (RM500) dan keempat (RM300).

Saingan terbuka kepada semua wanita dan lelaki tanpa had umur dengan hanya RM100 dikenakan sebagai yuran penyertaan. Setiap pasukan dibenar menyenaraikan 10 pemain, termasuk tiga simpanan. Bagaimanapun untuk berlaku adil, semua pemain yang menduduki empat tempat teratas di Kuantan tidak lagi dibenarkan menyertai pertandingan kali ini biarpun mewakili pasukan baru. Pemain terbabit adalah daripada pasukan MyT Net, 3rd Wave, MP Klang dan PKNP. Pasukan yang berdegil dengan menyenaraikan pemain daripada empat pasukan terbabit akan dibatalkan penyertaan.


Setiap pasukan berminat diminta membaca dan mematuhi syarat dan peraturan pertandingan. Penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan yang didapati melanggar terma. Hanya borang asal dikeluarkan akhbar ini diterima. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-20569767 selepas jam 3 petang.

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Bagusla camtu.. barula xde diskrimisnasi jantina.. HEHE

MySuaraBlog: Nasiblah Aku Kurus!

Legendarian said...

betul, betul, betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com