19 May 2011

Kejohanan Bola Jaring Campuran Tertutup Negeri Terengganu 2011







 Pasukan Messy dan Third Wave

 Pasukan Messy, Third Wave dan pengadil

Trofi pemain lelaki terbaik


Pada 17 May 2011 yang lalu, Pasukan Messy dari Terengganu telah memanggil 2 pemain dari pasukan Legend untuk mewakili mereka pada Kejohanan Bola Jaring Campuran Tertutup peringkat negeri Terengganu. Kejohanan yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 17 pasukan dari seluruh negeri Terengganu.

Pasukan Messy telah menjadi juara pada kejohanan kali ini dan Mohd Sabri dari pasukan Messy (Legend) telah dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik kejohanan. Tempat kedua telah dimenangi oleh pasukan Third Wave yang juga membawa anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Diharap lebih banyak kategori campuran diperkenalkan di Malaysia memandangkan kategori ini lebih popular di Australia, New Zealand dan juga Singapura.

Sekian, majulah sukan bola jaring untuk semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com