25 Mar 2011

Sesi latihan Legend bersama Sutherland High School, South Africa

 




















Pada 23 Mac 2011 yang lalu, pasukan Legend telah dipanggil untuk melatih pasukan dari Sutherland High School, Afrika Selatan. Sesi selama 3 jam itu telah diketuai oleh jurulatih Legend iaitu Pn. Zaharah dan dibantu oleh 11 ahli pasukan Legend. Bertempat di Sekolah Sukan Bukit Jalil, 16 pelajar diiringi 3 guru dari Sutherland High School telah diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai permainan dan teknik yang betul dalam permainan netball manakala ahli pasukan Legend membuat demostrasi untuk beberapa teknik kepada mereka.


coach Legend






Kesimpulannya, sesi latihan ini telah mencapai objektif dengan kesemua pelajar-pelajar dan guru tersebut sangat berpuas hati dan gembira dengan sesi latihan yang telah diberikan oleh Pn. Zaharah bersama pasukan Legend. Sutherland High School telah berjanji akan menghantar beberapa pasukan lagi dari sekolah mereka untuk mengadakan sesi latihan bersama pasukan Legend di masa hadapan. Kami sangat gembira dengan feedback yang diberikan oleh sekolah tersebut. Akhir kata, majulah sukan netball untuk semua.


Guru Sutherland High School bersama coach Legend

1 comment:

Bitter Sweet said...

wow, good job legend..tumpang bangga =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com