21 Mar 2011

Perlawanan persahabatan Legend vs Selangor bawah 21










Pada 20 Mac 2011 yang lalu, pasukan lelaki Legend telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Selangor bawah 21 tahun di gelanggang latihan pasukan Legend di Kuala Lumpur. Pasukan Selangor ini akan menghadapi Kejohanan Remaja Kebangsaan 2011 yang akan membuka tirai pada 24 Mac 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur. 

Perlawanan ini telah diadakan sebanyak empat suku masa dan 15 minit untuk setiap suku masa. Pasukan lelaki Legend telah memenangi kesemua empat suku masa dengan mata akhir perlawanan adalah Legend 54 - Selangor 34.

Diharap lebih banyak perlawanan persahabatan akan diadakan bagi memantapkan pasukan masing-masing disamping untuk memajukan lagi sukan netball di Malaysia. Pasukan lelaki Legend sentiasa bersedia dan mempelawa lebih banyak pasukan negeri dan kelab untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama. Akhir kata, majulah sukan netball untuk semua.


2 comments:

Bitter Sweet said...

good job legend!

ChikDoll2k9 said...

Tahniah Legend

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com