21 Feb 2011

Kejohanan Bola Jaring Terbuka Putrajaya 2011 - keputusan

 Legend Aurora




Keputusan akhir Kejohanan Bola Jaring Terbuka Putrajaya 2011 telah meletakkan pasukan Legend Sakura ditempat ketiga manakala Legend Aurora tersekat di suku akhir. pelbagai kenangan berlaku di kejohanan tersebut termasuklah bantahan dari pasukan Legend pada pasukan KLIA II Tango. Bantahan dikemukakan berikuat penipuan yang dilakukan oleh pasukan KLIA II Tango dengan menghantar 3 wakilnya yg pernah mewakili pasukan negeri dari tahun 2004 - 2010 dan ini telah melanggar peraturan kejohanan (no12) dimana hanya 2 wakil yg pernah bermain untuk pasukan negara, negeri dan MAKSAK dibenarkan bermain untuk setiap pasukan. Pelbagai 'drama' dan alasan telah diakemukakan oleh pasukan KLIA II Tango kepada urusetia kejohanan tetapi telah ditolak kerana secara terang-terangan melanggar peraturan kejohanan bertaraf komuniti.

Antara alasan yg tidak boleh diterima dek akal ialah:
  1. Pengurus tidak mengetahui salah seorang ahli pasukannya mewakili negeri pada tahun itu kerana pengurus terbabit (kakak kpd pemain tersebut) tidak berada di Malaysia semasa pemain tersebut mewakili Selangor untuk SUKMA.
  2. Pasukan KLIA II Tango juga menegaskan bahawa mereka tidak mengetahui tentang peraturan No12 tersebut walaupun sudah tertulis pada borang pendaftaran kejohanan. 
  3. Pemain tersebut tidak mengetahui ada 2 orang pemain Negeri (walaupon kami mendapati ada 4 pemain negeri dipasukan terbabit!) dalam pasukan itu kerana berada di Melaka dan hanya bermain kerana dipanggil untuk mewakili pasukan tersebut.
Kami dari pasukan Legend sangat sedih ngan senario begini kerana masih ada pasukan yang masih ingin menggunakan taktik kotor untuk memenangi kejohanan komuniti. Diharap tiada lagi insiden begini berlaku dalam kejohanan yang mendatang.Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami kerana terdapat juga rungutan dari pasukan lain yang ingin membuat bantahan tetapi tidak mempunyai bukti yang cukup dan berharap pasukan Legend mara kehadapan untuk membuat bantahan. Sungguhpun pahit untuk menelan tetapi kami sanggup kedepan untuk menegakkan keadilan. Sekian, wassalam.

P/S: Nampak gaya kenalah kami membawa kelengkapan pejabat seperti laptop, printer dan broadband semasa kejohanan mendatang bagi persiapan untuk mengelolakan bantahan bagi pasukan yang menipu kepada urusetia kejohanan.

9 comments:

Anonymous said...

good!!

Anonymous said...

Tahniah pasukan Legend kerana mendapat tempat ke-3 di Putrajaya. Kita jumpa lagi di kejohanan yang akan datang insyallah dan jangan lupa bawa mobile office.

PS: Salah tu bukan KLIA II, KLIA2 la...tak baca suratkhabar ke??

From the desk of KLIA2 Manager - Nana

Anonymous said...

jadikan ia sbgai pngjaran kpd team lain....
bermain la secara sihat...
jngn gunakan taktik kotor semata2 nak menang....

Anonymous said...

ada gak team yg brani tampil membuat bntahan...
1 tndakan yg berani untk menegakkan keadilan...syabas!!!
btw,thniah diucapkan kpd team yg mnang...
yg x mnang cuba ag next time...
n diharap kpd team2 yg mggunakan taktik kotor x akn mngulanginya lagi...
ksian la pda team2 yg lain....

Anonymous said...

popular ke team KLIA2 tu? surat khabar mana? tamil elam? nan yang siang pau?

k_arm 20 said...

dulu sebantal, skrang baling2 bantal..maen lam m'sia je k0t protes mcm nk dpt g0Ld olympic...yg urusetia bru praktikal, slambe je s0und2 akk yg da ade ank baye2 die je...n0 manner...xke mane lau busuk hati ni...3rd je k0t...dgr team juni0r klh pas protes..sabor jela...sole sole~~~

Legendarian said...

xde laa kak.. waktu tgh hari lak masa tu.. panas, penat semua ada. bukan maksud apa, cuma dapat sokongan dari team lain suruh buat bantahan. pasal urusetia tu no komen.

*kalau kami yg menang protes ni busuk hati, yg kena protes tu apa la pulak kan.. game komuniti je kot. kita ikut je peraturan yang organizer buat. kan semua senang.

Surf Vhiki's Morry Munchet Diary said...

seronok-nye , nk join ohh .

Legendarian said...

jom la.. no problem punyo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com