22 Feb 2011

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA NAIB CANSELOR 2011 - Update on 29/3/11


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  akan mengadakan kejohanan bola jaring piala naib canselor 2011 pada 15-17hb April 2011. Hanya 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka wanita dan juga terbuka lelaki. Yuran penyertaan adalah RM250 dan syarat-syarat penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia. tarikh tutup penyertaan adalah pada 8hb April 2011.

borang dan maklumat boleh didapati di:

syarat dan peraturan am

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA
UniMAP 2011
1.             TARIKH KEJOHANAN :
                Kejohanan ini akan diadakan pada15 – 17 April 2011

2.         LOKASI PERTANDINGAN :
            2.1        Kejohanan ini akan diadakan di Dewan Rakan Sukan MSN Perlis.

3.         PERAURAN AM & UNDANG-UNDANG
            3.1        PERATURAN AM
3.1.1           Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan pertandingan yang  ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMAP 2011.
3.1.2           Selain daripada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini  akan dijalankan mengikkut syarat-syarat am Undang-UndangPersatuan Bola Jaring  Antarabangsa (IFNA).
3.1.3           Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring Terbuka     UniMAP 2011 adalah muktamad.


             3.2        PENYERTAAN
3.2.1           Penyertaan terbuka kepada semua pasukan dari IPTA/IPTS, kelab-kelab, persatuan sukan,   jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di Malaysia.
3.2.2           Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar sepuluh ( 10 ) orang pemain : 7 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan serta seorang Pengurus dan Seorang Jurulatih.
3.2.3           Seorang pemain tidak dibenarkan mendaftar dalam 2 pasukan.
3.2.4           Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar dua ( 2 ) orang pemain sahaja yang pernah bermain di peringkat Negara pada tahun 2009 dan 2010.
3.2.5           Pertukaran nama pemain di saat akhir hanya dibenarkan satu    ( 1 ) hari sebelum tarikh  cabutan undi dibuat.
3.2.6           Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam borang pendaftaran pasukan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Hanya pemain yang berdaftar sahaja mengikut kumpulan  yang dibenarkan bermain dalam kejohanan ini.
3.2.7           Sebarang perubahan atau penggantian atau tambahan pemain setelah pertandingan bermula tidak akan diterima.
3.2.8           Sekiranya pihak Urusetia Kejohanan mendapati lebih dari dua ( 2 ) orang pemain Negara yang didaftarkan, pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai kejohanan dan jika pasukan  itu telah bermain, maka permainannya dibatalkan.
3.2.9           Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan simpanan (sebagaimana yang telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pasukan) hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

            3.3        SISTEM PERTANDINGAN
3.3.1           Penyertaan hanya dibuka untuk 48 pasukan wanita dan 20 pasukan lelaki sahaja.  Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
3.3.2           Hanya Johan dan Naib Johan Kumpulan sahaja akan ke peringkat seterusnya yang akan dijalankan dalam sistem kalah mati pada pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan  peringkat akhir. Pemenang bagi peringkat separuh akhir akan bertemu di dalam perlawanan  akhir bagi menentukan JOHAN.

            3.4        MASA PERMAINAN
3.4.1           Masa permainan bagi liga dalam kumpulan, pusingan kedua, pusingan ketiga, sukku akhir ialah 15 minit ( 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit rehat ).
3.4.2           Pemainan akan dijalankan di hardcourt.
3.4.3           Cara memutuskan keputusan : -
  • Secara Liga       -           Cara memberi mata
  • Menang            -           3 mata
  • Seri                  -           1 mata
  • Kalah                -           0 mata
3.4.4               Jika keputusan pertandingan berakhir seri, keputusan dibuat dengan cara tertentu seperti berikut : -
3.4.4.1              Permainan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua  pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol.
3.4.4.2              Pemainan akan diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara  bergilir.
3.4.4.3              Keputusan muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga  diakhiri dengan jaringan gol.

3.5          KELEWATAN
3.5.1               Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata dan jaringan gol 14 -0.
3.5.2               Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan pihak  JawatankuasaPengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum, tidak diambil kira (Null and Void).

3.6        PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
3.6.1          Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainandisebabkan oleh keadaan cuaca tau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

            3.7        PERTUKARAN PEMAIN
 3.7.1       Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat menyambung   permainannya, pemain bolehlah diberhentikan selama 2 minit untuk menentukan samada pemain boleh menyambung permainannya atau tidak.
3.7.2           Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas diganti di dalam permainan yang sama.
3.7.3           Pemain yang lewat sampai boleh masuk bermain selepas : -
  • Gol dijaringkan
  • Pemainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan
  • Rehat separuh masa.
  • Atas keputusan pengadil


3.8          PAKAIAN DAN PERALATAN
3.8.1               Setiap pemain dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa bermain.
3.8.2               Bola untuk pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.
3.8.3               Semua pasukan dikehendaki membawa bib masing-masing.

3.9          PENGADIL-PENGADIL
3.9.1        Pihak penganjur akan menyediakan pengadil yang bertauliah.

3.10        MENARIK DIRI
3.10.1       Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidakdibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Wang penyertaan akan luput.

3.11        BANTAHAN
3.11.1       Sebarang masalah yang timbul semasa hari pertandingan, hendaklah merujuk kepada pihak Urusetia dan Jawatankuasa Kejohanan.        
3.11.2Semua pasukan diwajibkan untuk mengikuti semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
3.11.2            Urusetia berhak untuk merujuk sebarang masalah kepada pengadil perlawanan namun keputusan akhir akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
3.11.3           Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya melanggar peraturan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
3.11.4            Bantahan bertulis dalam Bahasa Malaysia akan disahkan oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Urusetia tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
3.11.5           Jawatankuasa Kejohanan bertanggungjawab untuk membuat keputusan terhadap masalah yang timbul dan setiap keputusan adalah muktamad

3.12       JAWATNKUASA BANTAHAN / TATATERTIB
3.12.1    Jawatankuasa Bantahan  / Tatatertib terdiri daripada : -
  • Pengerusi Penganjur
  • Pengadil
  • Pengurus Pasukan Terlibat
  • Setiausaha Penganjur
3.12.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib akan bersidang setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.
3.12.4     Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan.
3.12.5    Keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

3.13       YURAN PENYERTAAN
3.13.1    Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 250.00 setiap pasukan.
3.13.2    Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI dan dihantar bersama borang penyertaan yang telah disediakan di alamat : -
Urusetia
Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMAP 2011
Pusat Sukan
Taman JKKK Kubang Gajah
02600 Jejawi Arau, Perlis.
Tel             : 04 – 9798083               Faks     : 04 – 9798293

Atau melalui akaun bank Maybank
1123 4408 7152
Atas Nama : ROHAYU DARUS

3.13.4      Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri


3.14       HADIAH
3.14.1    Hadiah-hadiah akan diberikan kepada : -

KEDUDUKAN
Terbuka Wanita
JOHAN                                   RM2,500 + Piala Iringan
NAIB JOHAN                          RM1,500  
TEMPAT KE-3  BERSAMA      RM800


Terbuka Lelaki

JOHAN                                RM2,000 + Piala Iringan
NAIB JOHAN                       RM1,000  
TEMPAT KE-3 BERSAMA    RM600


3.15       AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR
3.15.2     Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan yang diikhtiraf perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

3.16       UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN : -
3.16.1 Undian dan Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 14 April 2010 ,  jam 8.00 mlm  sebelum pertandingan
3.16.2     Setiap pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain beserta dengan salinan kad pengenalan untuk disahkan. Senarai pemain yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan adalah yang muktamad.

3.17       PENGINAPAN PESERTA
3.17.1            Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan semasa kejohanan.

3.18       TARIKH TUTUP
3.18.1               8 April 2011

3.19       PERKARA AM
3.19.2     Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab tentang keselamatan dan kehilangan barangsepanjang kejohanan.
3.19.3      Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi : -
Pn. Rohayu binti Darus – 012-595 4426
Pn. Siti Fatimah binti Ustad Latip – 012-544 9598
Pn. Wan Yusmalinda – 017-540 7017
Pn. Noordiana - 014-903 3901

1 comment:

Anonymous said...

semoga legend berjaya!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.e-referrer.com